Pages

Bersih, Kuning dan Auntie Annie.



Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 dah tamat tapi ceritanya masih segar kan? Tapi saya tetap nak kongsikan pendapat saya tentang Bersih. Saya berhak bersuara kan? (Berhak lah sangat). Bersih diseluruh dunia.? Ketakutan dengan KUNING.? dan siapa Auntie Annie yang sebenarnya.
Bersih, bersih dan bersih...(tapi kenapa kuning.? sebab kuning itu menyerlah)

Ok apa itu Bersih?
Bersih ialah satu kempen dan ia bukanlah sebuah parti politik. Anggap saja kempen 1Malaysia sebagai contoh. PM kempenkan 1Malaysia sebab nak "menyatupadukan" rakyat kan. (bersepadu lah sangat rakyat dengan kempen 1Malaysia). Jadi Bersih bukanlah sebuah pertubuhan haram yang dicanang dalam media kerana ia hanyalah sebuah kempen bertujuan menambahbaikan sistem SPR yang diragui. SPR adalah neutral tapi macam sokong BN je.

Apa kempen Bersih?
Kempen Bersih ialah membantu menambahbaikpulih sistem SPR dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau menggulingkan kerajaan apatah lagi mencetuskan huru-hara dalam negara.
Ok. Ini adalah 8 tuntutan Bersih terhadap SPR :


Jika dilihat kepada 8 tuntutan ini tidak salah jika SPR untuk mempertimbangkan dan menggunapakai kerana tuntutan ini dilihat adalah baik untuk semua pihak kerana sistem pilihanraya mungkin lebih telus dan adil jika menggunapakai tuntutan-tuntutan ini. 
Bagi saya sendiri, tuntutan ini harus diaplikasikan kerana tidak merugikan  dan menjatuhkan semua pihak. Mungkin tidak perlu diterima semuanya tapi tidak patut untuk ditolak mentah-mentah tanpa menilai implikasinya terlebih dahulu. Ataupun ada pihak yang memang takut kalah kalau tuntutan ini diterima.?

Tentang perhimpunan Bersih2.0 yang telah dijalankan pada 9 Julai 2011, sedikit sebanyak saya ingin menyentuh tentang perhimpunan ini. Kita dapat lihat ada pihak yang menyokong perhimpunan ini dan ada pihak yang menentang sekeras-kerasnya perhimpunan ini. Pelbagai persoalan diajukan antaranya :

- Perlu ke nak serahkan memorandum depan DYMM SRPD Agong sampai beribu-ribu orang. Sampai perlu buat perhimpunan Bersih2.0 ditengah2 KL. Perlu ke.? Kenapa bukan hanya beberapa individu yang serahkan memo tersebut.?
Ok. Penyerahan memo secara beramai-ramai pada hari itu adalah untuk menggambarkan dan membuktikan sokongan rakyat terhadap 8tuntutan ini kepada SPR dalam usaha untuk mencapai keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya. Itu sahaja.
Cuba nilaikan kalau memo tersebut hanya diserahkan oleh beberapa individu kanan Bersih, semestinya ada pihak yang mempertikaikan kekuatan sokongan terhadap tuntutan ini kerana hanya beberapa individu yg mahu tuntutan ini dilaksanakan. Dibandingkan pula, apabila memo ini disertai oleh puluhan ribu individu yang terpanggil dan berasa dirinya perlu untuk memberi sokongan tentulah pihak SPR lebih sedar bahawa ramai yang inginkan perubahan dalam pilihanraya dan ini bukan hanya permintaan dari seorang individu. Itulah rasionalnya memo ini diserahkan oleh beribu-ribu orang sebagai tanda sokongan mereka terhadap Bersih.

- Adakah perhimpunan Bersih ini akan berjalan dengan aman.?
Kalau kerjasama polis dapat diberikan dengan sewajarnya, semestinya perhimpunan ini dapat berjalan dengan aman dan tidak mengganggu kesesakan lalulintas.

- Habis tu, kesesakan teruk yang berlaku sebab Bersih ini apa pulak.?
Itulah, kalau polis bagi KERJASAMA dengan elok, semestinya perkara ini tidak berlaku kan. Lagipun perhimpunan ini BUKANLAH satu perhimpunan ganas yang digembar-gemburkan oleh Buletin Utama yang sangat2 berat sebelah dan akhbar yang hanya gemar untuk menimbulkan salah faham lebih dari kebenaran. Media lebih gemar menyiarkan berita2 yang tidak tepat dan mencetuskan kemarahan daripada mencari jalan penyelesaian yang lebih baik. Dengan berbilah parang dan molotov cocktail ditemui polis, terus menuduh Bersih adalah satu perhimpunan haram yang ganas dan mencetuskan huru-hara. Sama pulak tu semua parang, beli kat Giant ke bang.? Utusan Malaysia tak payah cakap lah, paling teruk spin cerita. X perlu nak kerah sampai 6000 anggota polis semata-mata nak sepak-terajang kawal peserta Bersih dan tutup semua jalan semata-mata tak nak bagi peserta Bersih masuk KL.

Nota : Sebenarnya perhimpunan Bersih ini ada kebaikan dan keburukan jika ia dijalankan. Ada kesan-kesan akibat dari perhimpunan ini. Mungkin kesan itu buruk bagi sesetengah pihak namun mungkin kesan itu agak baik untuk sesetengah pihak. Seharusnya maklumat dari pelbagai sumber perlu dibaca dan anda boleh buat kesimpulan sendiri.

Mungkin kita berbeza pendapat dalam menghuraikan tentang Bersih, namun tidak semestinya  kita harus berbeza tentang perkara lain. Perbincangan mungkin membawa kepada persamaan dan persepakatan.

Mungkin ada cadangan yang seharusnya digunapakai antaranya semua rakyat dapat memberikan sokongan moral dengan meletakkan apa-apa yang berwarna kuning di pintu pagar rumah sendiri dikawasan perumahan. Mungkin sokongan sebegini akan lebih bermakna dan mendalam jika semua pihak melakukannya dengan niat untuk memberikan sokongan terhadap Bersih untuk melihat sistem pilihanraya yang lebih adil dan telus. Perhimpunan yang ditafsirkan sebagai huru-hara mungkin dapat dielakkan dan mesej yang ingin disampaikan kepada SPR mungkin terlaksana jika semua pihak menyokong tuntutan ini sebagai penambahbaikan dalam sistem pilihanraya. Kemungkinan segala kesan-kesan negatif ekoran perhimpunan ini dapat dielakkan kerana perhimpunan beribu-ribu rakyat dapat diganti dengan sokongan dari rumah masing-masing dan ini mungkin dapat dicapai jika semua pihak memberikan kerjasama.

p/s : Artikel ini hanya pandangan saya sahaja, pandangan student, pandangan remaja yang ambil tahu tentang situasi politik dan serba sedikit tentang negara, dan anda berhak untuk mempunyai pandangan anda sendiri.

Namun BERSIH itu masih lagi luas maksudnya untuk dibincangkan dan ditafsirkan.
Malah "BERSIH" itu sendiri boleh dibincangkan dalam pelbagai situasi dan perkara. Tidak terikat hanya kepada artikel diatas. Salam

Ok. Ini adalah auntie Annie aka The Lady of Liberty
Fanpage Auntie Annie


p/s/s : kepada pihak tertentu janganlah takut sangat dengan warna kuning. Bukan ada apa pun. : ) Kesian kat aunty atas nih, pakai baju kuning pun kene tangkap. Chill lah.