Pages

Architecture In My Words...

 menarik bukan.?

Baiklah entri kali ini akan berkisar tentang "Architecture" pada pandangan saya sendiri.
Mungkin pendapat individu berbeza-beza mengikut pemerhatian, pemikiran dan pengalaman yang telah dilalui.


Senibina, dan Architecture.........(sama je der)

Architecture pada pandangan saya secara asasnya adalah menghasilkan ruang bagi manusia untuk menghuni dan meluahkan apa yang bermakna bagi manusia itu sendiri terhadap ruang itu. Architecture juga adalah satu proses panjang yang melibatkan design dan penyelesaian kepada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita. Mungkin boleh diertikan sebagai satu seni yang melibatkan sains dalam perancangan dan penghasilan sesuatu yang memberi kebaikan dan keselesaan kepada masyarakat mahupun individu itu sendiri.

Bagi saya ia subjektif dan architecture boleh lahir dari imiginasi dan idea melalui pemikiran dan pemerhatian individu tersebut bedasarkan seni, sains dan matematik untuk design bangunan ataupun struktur seterusnya mewujudkan persekitaran yang selamat, selesa dan sesuai untuk kehidupan manusia. Architecture bukan sekadar menolong dalam pembinaan sesuatu bangunan atau struktur itu sendiri tetapi lebih menjurus tentang penghasilan kehidupan yang lebih baik.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apabila saya masuk dalam dunia Senibina even saya masih sebagai seorang pelajar, belajar dalam suasana studio yang ternyata lebih mengeratkan hubungan antara kawan lebih dari belajar seperti biasa namun senibina itu sendiri  mengajar saya :

---> lebih berdikari dalam semua perkara, samada yang berkaitan dengan senibina mahupun kehidupan peribadi.
---> untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.
---> perihal pentingnya kerjasama antara satu sama lain even kita suka atau tidak tetapi kerjasama itu sangat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. yea, mungkin kita rasa kita mampu buat dengan seorang diri, tapi percayalah teamwork itu penting.
---> untuk menjadi seorang lebih kreatif, kreatif dan kreatif.
---> supaya lebih menghormati orang lain, menerima dan menghargai pendapat orang lain, menghargai usaha orang lain terhadap diri kita. Bagi saya ini penting kerana membuatkan kita lebih terbuka, matang tidak ego.




Architecture is the art of building...comfort, stability, economy and beauty!




p/s : Namun definasi architecture itu boleh berubah mengikut pemahaman, pengalaman dan kematangan kita sendiri dan semakin lama dan semakin dalam kita dalam dunia senibina terjemahan kepada senibina itu mungkin berubah.